Jump to content

User:Presidenmy

From Wikipedia, the free encyclopedia

Presidenmy

[edit]

Pada awalnya saya telah melakukan sumbangan secara tidak langsung dalam Wikipedia Bahasa Melayu melalui akaun ini kerana saya tidak begitu serius dan tidak mengetahui selok-belok Wikipedia pada waktu tersebut. Namun sudah hampir 3 tahun dan bermula di situlah saya belajar cara-cara penulisan dalam Wikipedia sehinggalah menjumpai pelbagai perkara yang tersembunyi di sebalik Wikipedia yang tidak diketahui oleh orang awam. Sejak waktu tersebut, saya mula tertarik untuk menyumbang kepada Wikipedia.

Saya mendapati masih terlalu banyak kekurangan dari segi kewujudan rencana-rencana di sini. Melalui penglibatan saya dalam Wikipedia, saya berharap dapat memberi kesan kepada kehidupan realiti saya melalui penambahan rencana dan pembelajaran penggunaan Bahasa Melayu daripada penutur-penutur bahasa ini dan yang utamanya ia turut menjadi platform pembelajaran secara interaktif serta menambahkan pengetahuan kepada semua dan diri saya sendiri.